BARIS/WPS/10/Bil 1

Ybhg Tan Sri, Dato', Datin, Tuan, Puan
PROGRAM BERSIRI SELURUH NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DAN MAKSIAT
(GOMBAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, AMPANG, PETALING, KLANG, KAJANG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, HULU SELANGOR, KUALA SELANGOR, TANJUNG KARANG)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Bekas Anggota Perisikan Malaysia (BARIS) Wilayah Persekutuan/Negeri Selangor akan mengadakan siri jelajah program 'Kempen Pencegahan Jenayah dan Maksiat' bagi peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bagi siri pertama program ini akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 27 Mac, 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor
Majlis perasmian program ini akan disempurnakah oleh Ketua Polis Negeri Selangor, Ybhg Datuk Khalid Bin Abu Bakar.
Untuk makluman Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (BARIS), Wilayah Persekutuan/Negeri Selangor dikhususkan kepada pesara-pesara dari Perisikan Angkatan Tentera Malaysia, Unit-Unit Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia serta lain-lain Jabatan yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas risikan.
Dengan pengalaman dan kepakaran tinggi yang dimiliki oleh ahli-ahli BARIS sepanjang perkhidmatan, pihak kami yakin sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa membenteras jenayah dan maksiat di dalam negara khususnya di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran, penerangan dan pemahaman kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa bagi membenteras jenyah dan maksiat. Selain itu, program ini dapat memberi panduan kepada masyarakat untuk mengambil langkah-langkah awal keselamatan dan pencegahan dari berlaku kejadian jenayah dan maksiat. Adalah menjadi harapan kami juga, program ini dapat mengukuhkan perpaduan di antara kaum selaras dengan matlamat "1 Malaysia"
Sempena program pada hari tersebut, pelbagai acara akan diadakan antaranya Ceramah, Forum, Pameran dan Demonstrasi Keselamatan dari agensi-agensi keselamatan, seperti Polis DiRaja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Penjara Sungai Buloh dan lain-lain agensi kerajaan.
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami memohon kerjasama jasabaik serta sumbangan seikhlas mungkin dari semua pihak-pihak tertentu terutamanya badan-badan kerajaan, sektor swasta atau individu-individu bagi membiayai kos perbelanjaan program tersebut yang akan diadakan nanti. Sumbangan boleh dibuat melalui Cek Berpalang di atas nama "Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (BARIS), Wilayah Persekutuan/Negeri Selangor" (Ar Rahji Bank - No. Akaun 126001080531214) - Sila sms ke 013-285-0805 dan nyatakan butiran bayaran seperti jumlah, tarikh, masa, nama penyumbang dll.
Segala kerjasama, sokongan dan sumbangan yang diberikan amatlah bermakna demi menjayakan program siri jelajah ini, di dalam usaha membenteras jenayah dan maksiat di negara kita.
SEKRETARIAT, KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH DAN MAKSIAT, PERSATUAN BEKAS ANGGOTA PERISIKAN MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN/SELANGOR


















