ASSOCIATION FOR RETIRED INTELLIGENCE OPERATIVES OF MALAYSIA

Welcome...Scanning your IP....IP SCANNED!

Powered by IP Address Locator

BARIS LEGAL DISCLAIMER (ENGLISH LANGUAGE ONLY)

The BARIS (acronym to Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia or in English : The Malaysian Society for Former Intelligence Personnel or Association for Retired Intelligence Operatives of Malaysia) - hereinafter referred to as BARIS - is available for your personal use and viewing. Access and use by you of this site constitutes acceptance by you of these Terms and Conditions that take effect from the date of first use. You agree to use this website only for lawful purposes, and in a manner that does not infringe the rights of, or restrict or inhibit the use and enjoyment of this site by any other third party.

The names, images and logos identifying the BARIS are proprietary marks of the BARIS. The unauthorised use of BARIS and/or any other third party logos accessed via this website is not permitted.

The material featured on this site is subject to Copyright protection unless otherwise indicated. The Copyright protected material may be reproduced free of charge in any format or medium provided it is reproduced accurately and not used in a misleading context. Where any of the Copyright items on this site are being republished or copied to others, the source of the material must be identified and the copyright status acknowledged.

The permission to reproduce protected material does not extend to any material on this blog which is identified as being the copyright of a third party. Authorisation to reproduce such material must be obtained from the copyright holders concerned.

You do not have to ask permission to link directly to pages on this blog. However, we do not permit our pages to be loaded into frames on your site. The blog pages should load into the user's entire window.

We are not responsible for the content or reliability of any websites we link to on the BARIS blog. Listing should not be taken as endorsement of any kind. We cannot guarantee that these links will work all of the time and we have no control over the availability of linked pages.

We make every effort to check and test material published on this website at all stages of its creation. It is always wise for you to run an anti-virus program on all material downloaded from the Internet. We cannot accept any responsibility for any loss, disruption or damage to your data or your computer system which may occur whilst using material derived from this website.

The BARIS blog and material relating to Government information, products and services (or to third party information, products and services), is provided "as is", without any representation or endorsement made and without warranty of any kind whether expressed or implied.

We do not warrant that the functions contained in the material contained in this site will be uninterrupted or error free, that defects will be corrected, or that this site or the server that makes it available are free of viruses or represent the full functionality, accuracy, reliability of the materials. In no event will we be liable for any loss or damage including, without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damages whatsoever arising from use or loss of use of, data or profits arising out of or in connection with the use of the BARIS blog.

These Terms and Conditions shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia. Any dispute arising under these Terms and Conditions shall be subject to the exclusive jurisdiction of the courts of Malaysia.

BARIS shall have no liability to any person for the accuracy or contents of the security advice published on this website. BARIS assumes no responsibility to any person. No warranties are given. No liability is accepted for any inclusion or omission herefrom or the absence of any other information or matter. Furthermore, no liability or responsibility is accepted for any further advice given or omission to give further advice, prior to or subsequent to the advice published on this website.

PERDANA-PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG TERDAHULU

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA.
JASAMU DIKENANG SELAMA-LAMANYA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Semua info adalah hakcipta Kementerian dalam Negeri

Abstrak

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani sejarahnya tersendiri dan beberapa kali bertukar nama dari Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri (Department of Home Affairs), Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan (Ministry of the Interior and Justice), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of the Interior) dan Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Internal Security), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) dan kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Senarai Penuh Menteri-Menteri Dalam Negeri



MALAYSIAN ARMY ORDER OF BATTLE WEBSITE

Saturday, February 21, 2009

Kecekalan Anggota Perisikan Lumpuhkan Ancaman Komunis

26 Julai, 2007 22:15 PM
Oleh Caroline Jackson

KUCHING, 26 Julai (Bernama) -- Keberanian dan kecekapan anggota bahagian perisikan, menjadi kunci utama kejayaan pasukan keselamatan dalam menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak pada awal 1970-an, kata seorang bekas pegawai perisik tentera yang pernah bertugas dengan Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom).

Lt. Kol. Fabian Wong Boon Soon, 73, berkata dalam tempoh 1971 hingga 1973, ketika ancaman terhadap keselamatan di kawasan itu dianggap serius berikutan tindakan pengganas komunis melakukan banyak pembunuhan dan serangan terhadap orang awam dan anggota pasukan keselamatan di Bahagian Ketiga, Keenam dan Ketujuh Sarawak, sebanyak 28 operasi telah dijalankan oleh pasukan keselamatan.

Katanya pada waktu itu, anasir subversif, yang didalangi Biro Kedua Komunis Kalimantan Utara (BKPKKU), turut menyusup ke sekolah dan cuba memancing sokongan golongan yang bersimpati dengan perjuangan komunis di kampung dan pekan di kawasan berkenaan, dari Sibu hingga ke Limbang.

Pada waktu itu, pengganas komunis menjadikan anggota pasukan keselamatan, terutama anggota Cawangan Khas, yang mereka gelar "the "Running Dogs," sebagai sasaran utama gerakan bersenjata mereka.

"Apabila Rascom ditubuhkan pada 25 Mac 1972, semuanya menjadi tersusun. Kami tidak nampak Rascom boleh mencapai kejayaan sekiranya pegawai perisikan tentera (MIO) dan anggota Cawangan Khas tidak menjalankan tugas mereka mengumpul maklumat tentang kedudukan dan pergerakan penggans komunis, yang selalunya bergerak secara berkumpulan, tetapi lenyap hari ini dan muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudiannya," katanya selepas Majlis Pengkisahan Sejarah Rascom yang dirasmikan Menteri Perumahan Negeri Sarawak Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg di sini, sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

Mengimbas kembali pengalaman beliau semasa bertugas di Rascom, Wong berkata melalui perang saraf, pasukan keselamatan telah berjaya menghapuskan 243 pengganas komunis atau 37 peratus daripada kekuatan pasukan itu antara 1971 dan 1973.

Ketika memuncaknya pemberontakan komunis, komunis telah membunuh 79 orang awam, termasuk 54 berbangsa Cina, menyerang empat balai polis, kata beliau.

Wong berkata dalam tempoh itu, 24 anggota pasukan keselamatan telah terkorban dan 22 cedera, manakala di pihak pasukan polis pula, 26 angotanya telah terbunuh dan 17 lagi cedera.

Bagaimanapun, kata beliau, berkat keazaman dan kekuatan disiplin anggotanya, pasukan keselamatan berjaya melemahkan pengaruh komunis di bandar dan kampung secara beransur-ansur, dengan menghancurkan rangkaian mereka.

Anak jati Sarawak ini berkata Rascom, yang dibubarkan pada 9 Nov 1994, telah berjaya melaksanakan misinya serta mengembalikan keamanan di kawasan berkenaan, tanpa mengakibatkan banyak kerugian nyawa dan harta benda rakyat.

Seorang lagi tokoh yang banyak terlibat dalam usaha memulihkan keamanan dan kestabilan di Sarawak semasa zaman penentangan komunis di negeri itu ialah bekas timbalan ketua polis negara Tan Sri Mohd Jamil Johari.

Johari, 60, yang pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei selama dua tahun selepas bersara daripada pasukan polis pada 2002, berkata ancaman terhadap keselamatan di Sarawak semakin berkurangan menjelang akhir 1980-an apabila banyak anggota komunis meletakkan senjata dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Sementara itu, bekas pegawai kanan polis, yang berkhidmat dengan Rascom dari 1974 hingga 1977 Datuk Ramsay Noel Jitam, 75, berkata melalui tawaran pengampunan oleh kerajaan, pengganas komunis diberi pilihan sama ada kembali ke hutan atau meletakkan senjata dan kembali ke pangkuan masyarakat untuk hidup secara aman.

-- BERNAMA

--------------------
Lawan Komunis Tanpa Senjata: Pengalaman Bekas Pegawai Perang Saraf

13 Jun, 2007 10:51 AM
Oleh Hamdan Ismail

MIRI, 13 Jun (Bernama) -- Dengan gaji permulaan kecil sebanyak RM260 sebulan, ia satu tugas yang tidak berbaloi khasnya apabila seseorang perlu mempertaruhkan nyawa.

Tetapi bagi Robert Kunyu Anggau, 56, ia satu jumlah yang cukup pada masa itu. Beliau menyertai Jabatan Penerangan pada 1 Sept, 1975, sebagai pegawai lapangan dan merupakan salah seorang pegawai perang saraf (psychological warfare) yang disanjungi.

Pada masa itu Sarawak masih berada di bawah ancaman komunis, dengan fahaman itu diperjuangkan oleh Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) dari negeri jiran Kalimantan.

Mengenang kembali, Robert yang bersara pada 31 Dis, 2006, selepas berkhidmat selama 31 tahun, tidak kesal kerana memilih tugas yang mendedahkannya kepada bahaya.

"Ia satu-satu tugas paling berbahaya pada masa itu. Kami merupakan antara kakitangan awam bukan tentera di perbatasan dan pihak Komunis membenci kami kerana kami berkempen menentang mereka," katanya.

Semasa bercakap kepada Bernama dalam majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Miri sebelum persaraan beliau, Robert berkata pelantikan beliau sebagai seorang pegawai perang saraf berlaku tidak sampai tiga tahun selepas beliau memulakan khidmat.

Beliau terus dipindahkan ke Mukah, satu kawasan yang tidak asing bagi aktiviti Komunis dan di bawah pemantauan Markas Keselamatan Rajang (Rascom).

SEMANGAT KENTAL

Robert diserap ke dalam sebuah unit bukan tempur Rascom yang dikenali sebagai Kumpulan Tindakan Sivik (CAG) yang turut dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada jabatan perubatan dan pertanian, pejabat Residen dan daerah, bersama kehadiran anggota keselamatan dalam bilangan minimum.

Jawatan itu mungkin nampak `glamor' tetapi ia memerlukan semangat kental untuk meneruskan dengannya. Robert adakalanya terpaksa berjalan berhari-hari atau berminggu-minggu dalam hutan, seringkali memikul peralatan audio yang berat, dan sentiasa resah kerana boleh dihendap oleh Komunis pada bila-bila masa.

"Sementara dalam perjalanan, banyak kali terlintas dalam fikiran saya yang saya mungkin tidak lagi akan bertemu dengan keluarga tetapi apa yang terus mendorong saya untuk meneruskan dengan tugas ialah kesedaran yang saya mempunyai peranan penting dalam memastikan keselamatan rakyat dan negara," katanya.

Misi Pasukan CAG ialah untuk melaksanakan perang saraf melalui pertemuan dengan penduduk tempatan dan menjelaskan kepada mereka mengapa mereka perlu menyokong kerajaan dan menjauhi Komunis.

"Apabila sahaja kami tiba di mana-mana penempatan di pedalaman selepas merantau berjam-jam dengan bot panjang atau dengan kaki, kami mengumpulkan penduduk tempatan untuk menyampaikan mesej kami.

"Kami terpaksa mengadakan sekurang-kurangnya dua sesi setiap hari memandangkan kami mempunyai kawasan yang luas untuk diliputi, tiada masa untuk berehat... dan perlu berjaga-jaga setiap masa akan kehadiran pengganas Komunis," katanya.

Tetapi banyak kali, keletihan itu tidak terasa kerana sambutan mesra penduduk di pedalaman. Semasa sesi bertemu dengan penduduk, Robert sering memainkan peranan sebagi pengacara. "Semasa anda berdiri menonjol daripada sekumpulan orang untuk membuat pengumuman anda mudah menjadi sasaran musuh," katanya.

MEMAHAMI JIWA PENDUDUK TEMPATAN

Masyarakat Iban yang ramah mewakili jumlah terbesar penduduk di daerah Mukah dan kebanyakan mereka adalah petani.

Sebagai orang Iban, Robert berpendapat ini boleh menjelaskan mengapa beliau dipilih bagi jawatan itu.

Bagaimanapun, ia bukan tugas yang mudah kerana masyarakat Iban di Mukah berbeza daripada masyarakat Iban yang beliau biasa ketika di Medamit.

Masyarakat Iban di pedalaman menyambut baik kehadiran kakitangan awam dan sedia menghulurkan kerjasama. Tetapi Robert juga menunjukkan yang apabila mereka tidak mahu bekerjasama, niat mereka mudah disalahfaham.

"Sebagai contoh, mereka adakalanya tidak mahu membantu kami apabila kami meminta mereka untuk menjadi jurupandu arah ke penempatan-penempatan sepanjang hulu sungai. Mereka akan berkata "Jaik Mimpi", yang orang luar akan mentafsirkannya mereka rasa tidak senang untuk turut serta dengan kami," katanya.

Sebenarnya, kata-kata Iban itu merupakan petunjuk kepada CAG supaya tidak meneruskan dengan rancangan mereka kerana pengganas boleh menghendap mereka daripada tebing sungai.

"Pernah satu kali di sebuah rumah panjang di pedalaman, tuai rumah tidak membenarkan kami tidur di bilik seperti yang lazim bagi pelawat-pelawat rumah panjang. Kami di sebaliknya diberitahu bermalam di loteng," katanya.

Robert berkata tindakan tuai rumah itu sebenarnya demi keselamatan pegawai-pegawai CAG memandangkan komunis seringkali melakukan lawatan mengejut ke rumah panjang itu untuk meminta makanan dan bekalan lain.

TUGAS CAG

Pertembungan antara pasukan keselamatan dan Komunis di penempatan-penempatan tepi sungai di pedalaman di Mukah memaksa CAG berusaha lebih gigih dan selepas setiap pertembungan mereka akan turun padang untuk menilai suasana.

"Tiada siapapun boleh mengisytiharkan dengan rasmi yang sesuatu kawasan itu adalah selamat sehingga kami sampai di tempat itu untuk membuat penilaian dan selepas mendapatkan pengesahan daripada pasukan keselamatan, kami akan memaklumkan kepada penduduk yang keadaan adalah terkawal dan mereka tidak perlu bimbang," katanya.

Beliau terbabit dalam perang saraf di Mukah sehingga 1979 dan dengan ancaman Komunis di Sarawak terus berkurangan, beliau dipindahkan ke beberapa lokasi lain termasuk Kapit, Belaga, Limbang, Bintulu dan akhirnya ke Miri pada 2000.

Tetapi daripada semua tempat yang beliau pernah bertugas dan semua jawatan yang beliau pernah pegang, Mukah dan peranan beliau dalam perang saraf sukar dilupakan dan sangat bermakna baginya.

"Saya banyak menimba pengalaman khasnya dalam menawan hati dan minda rakyat ... walaupun terancam dan pengalaman yang menakutkan, saya benar-benar menghargainya," kata beliau.

Sebenarnya jasa orang seperti Robert membolehkan negara menikmati keamanan dan kemakmuran sejak Merdeka hampir separuh abad yang lepas. Jasa mereka kepada negara tidak ternilai dan tidak akan dilupakan.

-- BERNAMA