ASSOCIATION FOR RETIRED INTELLIGENCE OPERATIVES OF MALAYSIA

Welcome...Scanning your IP....IP SCANNED!

Powered by IP Address Locator

BARIS LEGAL DISCLAIMER (ENGLISH LANGUAGE ONLY)

The BARIS (acronym to Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia or in English : The Malaysian Society for Former Intelligence Personnel or Association for Retired Intelligence Operatives of Malaysia) - hereinafter referred to as BARIS - is available for your personal use and viewing. Access and use by you of this site constitutes acceptance by you of these Terms and Conditions that take effect from the date of first use. You agree to use this website only for lawful purposes, and in a manner that does not infringe the rights of, or restrict or inhibit the use and enjoyment of this site by any other third party.

The names, images and logos identifying the BARIS are proprietary marks of the BARIS. The unauthorised use of BARIS and/or any other third party logos accessed via this website is not permitted.

The material featured on this site is subject to Copyright protection unless otherwise indicated. The Copyright protected material may be reproduced free of charge in any format or medium provided it is reproduced accurately and not used in a misleading context. Where any of the Copyright items on this site are being republished or copied to others, the source of the material must be identified and the copyright status acknowledged.

The permission to reproduce protected material does not extend to any material on this blog which is identified as being the copyright of a third party. Authorisation to reproduce such material must be obtained from the copyright holders concerned.

You do not have to ask permission to link directly to pages on this blog. However, we do not permit our pages to be loaded into frames on your site. The blog pages should load into the user's entire window.

We are not responsible for the content or reliability of any websites we link to on the BARIS blog. Listing should not be taken as endorsement of any kind. We cannot guarantee that these links will work all of the time and we have no control over the availability of linked pages.

We make every effort to check and test material published on this website at all stages of its creation. It is always wise for you to run an anti-virus program on all material downloaded from the Internet. We cannot accept any responsibility for any loss, disruption or damage to your data or your computer system which may occur whilst using material derived from this website.

The BARIS blog and material relating to Government information, products and services (or to third party information, products and services), is provided "as is", without any representation or endorsement made and without warranty of any kind whether expressed or implied.

We do not warrant that the functions contained in the material contained in this site will be uninterrupted or error free, that defects will be corrected, or that this site or the server that makes it available are free of viruses or represent the full functionality, accuracy, reliability of the materials. In no event will we be liable for any loss or damage including, without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damages whatsoever arising from use or loss of use of, data or profits arising out of or in connection with the use of the BARIS blog.

These Terms and Conditions shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia. Any dispute arising under these Terms and Conditions shall be subject to the exclusive jurisdiction of the courts of Malaysia.

BARIS shall have no liability to any person for the accuracy or contents of the security advice published on this website. BARIS assumes no responsibility to any person. No warranties are given. No liability is accepted for any inclusion or omission herefrom or the absence of any other information or matter. Furthermore, no liability or responsibility is accepted for any further advice given or omission to give further advice, prior to or subsequent to the advice published on this website.

PERDANA-PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG TERDAHULU

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA.
JASAMU DIKENANG SELAMA-LAMANYA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Semua info adalah hakcipta Kementerian dalam Negeri

Abstrak

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani sejarahnya tersendiri dan beberapa kali bertukar nama dari Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri (Department of Home Affairs), Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan (Ministry of the Interior and Justice), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of the Interior) dan Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Internal Security), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) dan kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Senarai Penuh Menteri-Menteri Dalam Negeri



MALAYSIAN ARMY ORDER OF BATTLE WEBSITE

Friday, February 20, 2009

ANTI-MONEY LAUNDERING (BNM) - ARTIKEL PENGUBAHAN WANG HARAM

Program AML/CFT E-Pembelajaran Bank Dunia

Selain program latihan berasaskan komputer UNODC, Bank Dunia juga mengendalikan program AML/CFT epembelajaran, yang kini boleh didapati di tujuh buah negara iaitu, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja dan RDR Laos. Program e-pembelajaran ini mengandungi 7 modul merangkumi topik-topik berikut yang berkaitan dengan AML/CFT:

Modul 1 – Kesan terhadap Pembangunan Ekonomi dan Piawaian Antarabangsa;
Modul 2 – Keperluan Undang-undang untuk memenuhi Piawaian Antarabangsa;
Modul 3 – (a) Keperluan Pengawalseliaan dan Institusi;
(b) Keperluan Pematuhan untuk Institusi Kewangan;
Modul 4 – Menubuhkan Unit Perisikan Kewangan yang Berkesan;
Modul 5 – Kerjasama Domestik (antara agensi) dan Antarabangsa;
Modul 6 – Membanteras Pembiayaan Keganasan; dan
Modul 7 – Menyiasat Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.

Bank Dunia membenarkan negara-negara pengguna program mengubah suai program e-pembelajaran ini untuk disesuaikan dengan rejim AML/CFT domestik mereka. Oleh itu, Bank Negara Malaysia sedang mengubah suai modul-modul tersebut dengan memasukkan undang-undang dan langkah-langkah AML/CFT Malaysia. Apabila siapnya kerja-kerja pengubahsuaian ini, versi Bahasa Melayu juga akan disediakan.

Program e-pembelajaran Bank Dunia boleh didapati oleh sektor kerajaan dan swasta dalam format berikut:

(i) salinan cetak;
(ii) CD-ROM; atau
(iii) sistem pengurusan dalam talian.

Kefleksibelan yang diberikan oleh Bank Dunia juga membolehkan institusi-institusi latihan sektor kerajaan dan swasta mengubah modul untuk memenuhi keperluan latihan mereka.

Inisiatif-inisiatif Latihan

Dalam usaha membanteras pengubah wang haram yang semakin kreatif dalam menstruktur kegiatan mereka supaya tidak dapat dikesan oleh pegawai penguat kuasa undang-undang, Bank Negara Malaysia terus meningkatkan kepakaran kakitangan penguatkuasaan undang-undang menerusi bengkel dan seminar rasmi. Bengkel latihan dan seminar dikendalikan oleh penceramah dan tenaga pakar dalaman dan luaran.

Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia telah mengatur/mengatur bersama dan turut serta dalam inisiatif latihan berikut:

(i) Bengkel Lanjutan Analisis Nilai Bersih AMLA, Port Dickson, 20-24 Jun 2005;
(ii) Latihan Perisikan Kewangan, Kuala Lumpur, 5-9 September 2005;
(iii) Bengkel Tipologi Pembiayaan Keganasan, Kuala Lumpur, 14-17 November 2005; dan
(iv) Bengkel dan Seminar AML, Labuan, 23-24 November 2005.

Program Akreditasi Penyiasat Kewangan

Dalam Mesyuarat NCC ke-19 pada 9 November 2004, ahli-ahli telah bersetuju untuk mengadakan Program Akreditasi Penyiasat Kewangan untuk penyiasat AMLA. Objektif Program Akreditasi ini adalah untuk melengkapkan para penyiasat kewangan dengan kemahiran yang berkaitan dalam pengendalian penyiasatan kewangan. Program latihan akreditasi yang dicadangkan ini terdiri daripada 9 modul berikut:

(i) Latihan Berasaskan Komputer Pencegahan Pengubahan Wang Haram UNODC;
(ii) Aspek Undang-undang mengenai Penyiasatan Kewangan di bawah AMLA;
(iii) Penyiasatan AMLA : Proses & Prosedur;
(iv) Bengkel Asas Analisis Nilai Bersih;
(v) Bengkel Lanjutan Analisis Nilai Bersih;
(vi) Perakaunan Forensik;
(vii) Pengenalan kepada Forensik Komputer;
(viii) Penempatan di bank perdagangan dan syarikat insurans; dan
(ix) Latihan mengenai Perisian Analisis Siasatan Visual.

Kumpulan pertama penyiasat kewangan yang bertauliah dijangka akan menamatkan program tersebut pada akhir tahun 2006.

Cabaran Masa Hadapan

Tahun mendatang merupakan tahun yang mencabar bagi Malaysia memandangkan APG dan Kumpulan Penyelia-penyelia Perbankan Luar Pesisir (OGBS) dijadualkan akan membuat Penilaian Bersama terhadap Malaysia bagi kali kedua pada awal tahun 2007. OGBS akan menilai rejim AML/CFT sektor luar pesisir di Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan. Kumpulan penilaian APG pula akan menilai keberkesanan sistem AML/CFT Malaysia dan pematuhannya dengan Cadangan 40+9 FATF, yang berasaskan Metodologi untuk Penilaian tahun 2004 yang telah disemak. Bagi melaksanakan usaha besar-besaran dan penting ini, pelbagai kumpulan kerja telah diwujudkan di bawah NCC untuk memberi tumpuan terhadap kesemua 250 kriteria penilaian. Langkah-langkah undang-undang, peraturan, garis panduan dan rangka kerja AML/CFT semasa Malaysia sedang dikaji semula untuk mengenal pasti jurang dan menggubal langkah-langkah yang perlu diambil bagi memenuhi piawaian antarabangsa.
Melangkah ke hadapan, Bank Negara Malaysia akan terus peka dan proaktif kepada ancaman-ancaman AML/CFT yang wujud di samping piawaian dan trend AML/CFT dengan memperhalus langkah undang-undang dan pengawalseliaan, termasuk penggunaan obligasi pelaporan AMLA terhadap kategori perniagaan dan profesion kewangan dan bukan kewangan lain sepertimana yang disarankan oleh pihak FATF.
----------------------------------
ARTIKEL MENGENAI PENGUBAHAN WANG HARAM - Artikel berikut telah digunakan kembali dengan kebenaran penulisnya

PENGUBAHAN WANG HARAM/MONEY LAUNDERING
Kajian : Nik Zafri (Januari, 2006)

Artikel berikut adalah kajian bebas pengarang dan bukanlah bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat kepada pembaca. Pembaca digalakkan menghubungi pihak yang berwajib seperti institusi perbankan dan kewangan.

Mungkin ramai yang pernah mendengar frasa 'money laundering' atau 'pengubahan wang haram'. Aktiviti money laundering ini telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada sesebuah negara. Setakat ini Malaysia mengamalkan dasar yang agak ketat bagi menangani masalah ini.

Money laundering dikatakan amat popular di peringkat antarabangsa terutamanya golongan pengedar-pengedar dadah, kongsi gelap, bookie, pemain judi dan kumpulan pengganas. Walaupun terdapat pelbagai undang-undang telah digubal di seluruh dunia, namun money laundering, amat sukar di kawal.

Dikatakan money laundering berasal daripada satu kumpulan kongsi gelap/penjenayah antarabangsa yang menggunakan duit hasil kegiatan jenayah untuk 'dilaburkan' atau 'dibersihkan' dengan menggunakan jalan-jalan yang berlandaskan undang-undang seperti menerusi aktiviti pembelian saham, stok, derivatif, futures, FOREX, insurans, pembiayaan industri/projek yang besar, terlibat dalam sektor hartanah dan sebagainya. Malah 'penjenayah' menggunakan wang berkenaan bagi 'membiayai' dan 'membeli' bank-bank tertentu (yang bermasalah) untuk diniagakan menerusi pelbagai skim pinjaman berfaedah termasuk segala potongan cukai bagi 'membersihkan' wang berkenaan dan mengikut 'lunas undang-undang' serta dianggap sebagai 'revenue'/hasil. - ('doing the wrong thing the right way' - pengarang)

Suatu laporan antarabangsa pernah dikeluarkan yang menyatakan bahawa kewujudan Money Laundering juga menandakan wujudnya operasi jenayah terancang (organised crime) dan transnasional. Money Laundering juga amat cepat evolusinya di mana penjenayah amat bijak menyesuaikan teknik 'pelaburan' agar sukar dikesan tambahan pula dengan adanya teknologi ICT yang mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan 'perniagaan'. Apabila banyak keuntungan diperolehi dari 'pelaburan' money laundering, maka dengan sendirinya kekemungkinan 'keuntungan' ini digunakan pula untuk membiayai aktiviti jenayah adalah tinggi.

Antara cara-cara money laundering dilakukan ialah :

1) Pelaburan

Memandangkan money laundering melibatkan perniagaan 'tunai' yang besar, wang ini akan dilaburkan menerusi sistem kewangan atau ekonomi retail atau diseludup keluar dari sesebuah negara. Matlamat mereka ialah untuk 'melarikan' wang berkenaan daripada 'sumber asal' bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa. Kemudian ianya akan ditukar dalam bentuk cek kembara atau wang pos dan sebagainya.
2) Pelapisan

'Pelapisan' merupakan konsep menjadikan wang haram menerusi proses pusingan pelbagai tingkat yang kompleks termasuk menyerap ke dalam sistem pengauditan. Tujuan utama 'pelapisan' dilakukan ialah untuk 'menidakkaitkan sejauh mungkin' wang berkenaan daripada 'sumber asalnya'. Pelapisan biasanya dilakukan dengan aktiviti simpanan dan pengeluaran secara berulang kali menerusi akaun di bank-bank offshore di mana akaun-akaun ini melibatkan syarikat-syarikat 'kosong' yang menggunakan kaedah Electronic Funds Transfer (EFT). Aktiviti ini amat sukar dikesan kerana wang berkenaan dibahagi-bahagikan kepada terlalu ramai individu dan 'syarikat-syarikat' dan lebih menyulitkan lagi, 'penjenayah' mengetahui bahawa apabila berlaku terlalu banyak transaksi harian di pihak bank-bank offshore, maka mereka akan mudah 'menyelinap masuk' tanpa dikesan. Selain itu, mereka juga membuat pembelian stok, komoditi, FOREX dan lain-lain yang juga sukar dikesan kerana transaksi harian yang terlalu tinggi.

3) Integrasi dan Penyerapan

Wang haram diintegrasikan atau diserap ke dalam sistem kewangan dan ekonomi yang sah dan menjadikan wang ini akhirnya seolah-olah 'dimiliki secara sah' oleh 'penjenayah'.

Contohnya :

a. Dengan menubuhkan syarikat di negara-negara tertentu di mana 'transaksinya terjamin dirahsiakan'. Kemudian, mereka akan kononnya 'diluluskan' pinjaman yang berasal daripada 'wang haram'. Cara ini juga memberikan ruang untuk mendapatkan 'potongan cukai' dan 'pembayaran kembali' wang berkenaan dengan 'faedah'nya sekali.

b. Cara yang lain ialah menghantar invois yang bersabit dengan perniagaan impot/ekspot yang memudahkan penjenayah ini memindahkan wang berkenaan dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain atau dari satu negara ke satu negara yang lain.

c. Menggunakan kaedah EFT menerusi bank-bank yang 'dikuasai' oleh 'penjenayah' ini - (melalui pembelian, pelaburan, pembiayaan wang yang tinggi)

d. Membuka/menjalankan perniagaan menerusi syarikat-syarikat (berlesen) pemberi pinjam wang atau pembiayaan secara geran, pengurusan dana - malah pengurup wang.

Walaupun terdapat banyak undang-undang Anti-Laundering digubal di seluruh dunia seperti peruntukan menghadkan jumlah simpanan pada sesuatu masa, tempoh bertenang untuk pemeriksaan, tetapi penjenayah-penjenayah ini tetap pandai mengaburi mata pihak insitusi perbankan dan kewangan dengan hanya menerusi kaedah-kaedah menggunakan nama ramai individu, syarikat-syarikat yang menjalankan berbagai jenis perniagaan. Kita perlu menentang dengan apa juga cara untuk membasmi kegiatan ini kerana ianya mampu melumpuhkan ekonomi negara dalam masa yang sangat pantas.